KUALA NERUS, 10 Mac -- Nik Noratiza Nik Abd Aziz, 47, menunjukkan gambar Allahyarham suaminya yang juga legenda bola sepak Terengganu, Zulharisam Awang, 51, semasa ditemui di Kampung Wakaf Baru, Gong Badak, hari ini.Nik Noratiza yang juga seorang suri rumah menyifatkan faedah Pencen Penakat yang diterima melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai hadiah istimewa arwah suami buat dirinya.Zulharisam meninggal dunia pada 5 Feb lalu akibat kanser hati dan usus. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA