KUALA TERENGGANU, 22 Feb -- Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim (tiga, kiri) menyerahkan buku memoir Melakar Kebersamaan UMT kepada warga UMT pada Majlis Perutusan dan Amanat Naib Canselor UMT 2026 di UMT, hari ini.UMT telah meraih pencapaian signifikan universiti sepanjang 2025 seperti telah melonjak ke kedudukan 801-850 dalam QS World Rankings 2026, berbanding 1001-1200 pada tahun sebelumnya dan di kedudukan ke-160 terbaik Asia, iaitu pencapaian terbaik sepanjang penglibatan UMT dalam penarafan peringkat serantau dan antarabangsa.Selain itu dalam aspek kelestarian dan reputasi institusi pula, beliau berkata kedudukan UMT melalui penarafan Times Higher Education terus konsisten termasuk T.H.E World University Rankings, Young University Rankings serta Impact Rankings.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA