SANDAKAN, 23 Ogos -- Orang ramai membantu menyelamatkan pemandu dan penumpang sebuah bas sekolah yang terbabit dalam kemalangan setelah bertembung dengan lori pembancuh simen di KM45 Jalan Sandakan-Kinabatangan di sini hari ini.Kemalangan itu menyakibatkan seorang pelajar lelaki maut manakala lapan lagi cedera parah.Ketika kejadian 12.10 tengah hari itu, bas sekolah berkenaan membawa 22 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segaliud dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Dusun yang baru pulang dari sekolah.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA