SANDAKAN, 23 Ogos -- Sebuah bas sekolah remuk teruk akibat bertembung dengan lori pembancuh simen menyebabkan seorang pelajar lelaki maut manakala lapan lagi cedera parah dalam kemalangan di KM45 Jalan Sandakan-Kinabatangan di sini hari ini.Ketika kejadian 12.10 tengah hari itu, bas sekolah berkenaan membawa 22 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segaliud dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Dusun yang baru pulang dari sekolah.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA