DUNGUN, 6 Mac -- Pengusaha, Noor Aini Salleh, 43, menyiapkan tempahan nekbat ketika ditemui di Rantau Abang di sini.Kuih tradisional ikonik Pantai Timur, nekbat terus menjadi pilihan ramai sebagai juadah berbuka puasa dalam kalangan masyarakat di Terengganu dan Kelantan setiap kali Ramadan.Walaupun berdepan perubahan zaman serta kemunculan pelbagai jenis kuih moden, nekbat tetap mendapat tempat di hati masyarakat kerana rasanya yang unik selain nilai tradisi yang diwarisi turun-temurun.Noor Aini berkata pada Ramadan tahun ini beliau menerima tempahan kira-kira 120,000 biji nekbat daripada peniaga serta peminat kuih tradisional berkenaan, termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA