KUALA TERENGGANU, 14 April -- Bekas eksekutif pentadbiran dan sumber manusia di sebuah syarikat, Maslidah Mohamad, didenda RM5,000 kerana menggunakan dokumen palsu berkaitan invois syarikat, tiga tahun lepas.Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Maslidah, 45, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.Mahkamah turut memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda tersebut.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA