GEORGE TOWN, 28 Ogos -- Sepanduk menghina Islam yang tertera ucapan Selamat Hari Raya dan Merdeka serta imej masjid bagi mempromosikan minuman arak dipasang di sebuah premis hiburan di Jalan Penang di sini hari ini.Wakil Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bahagian Tanjung, Fazrul Izam Badaruddin meminta kerajaan negeri khususnya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengambil tindakan terhadap mereka yang memasang sepanduk berkenaan.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA