SEPANG, 28 Ogos -- Penolong Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Mohammad Rushdi Abdul Majid menunjukkan sebahagian daun khat yang berjaya dirampas Kastam KLIA seberat 371 kilogram dengan nilai anggaran RM16,607.50 dalam empat pengimportan pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam KLIA di sini hari ini.Daun khat yang menyerupai daun sirih dan berbau harum itu mengandungi cathinone (katinona) iaitu sejenis zat kimia yang menghasilkan ekstrak dimana pengguna akan merasai kecanduan yang menyerupai kokain.Pengguna akan merasai kegembiraan berlebihan serta membangkitkan stamina dan tidak mengantuk yang boleh membawa sakit jantung dan strok. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA