SEPANG, 28 Ogos -- Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim menunjukkan dadah jenis ketamine yang disembunyikan di dalam 10 unit sofa hiasan seberat 10.063 kilogram bernilai RM352,205 pada sidang media mengenai kejayaan Kastam KLIA merampas 30.063 dadah bernilai RM 4.15 juta pada bulan Ogos 2013 di Ibu Pejabat Kastam KLIA di sini hari ini.Turut sama Ketua Bahagian Penguatkusaan Kastam KLIA, Zahari Abdullah (kiri) dan Penolong Pengarah Kastam Bahagian Penguatkusaan Kastam KLIA, Mohammad Rushdi Abdul Majid.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA