ZAGAZIG (MESIR), 30 Ogos -- Antara pelajar-pelajar perubatan (dari kiri) Mohd Zakhiruddin A. Bakar, 24, Abd Hakim Mohd Suhimin, 23, dan Marwan Muhammad, 22, mengadakan perbincangan berhubung pembelajaran mereka di Universiti Zagazig di sini hari ini.Ketiga-tiga pelajar itu adalah sebahagian daripada sebilangan kecil pelajar di universiti berkenaan yang membuat keputusan untuk tidak mengikuti program evakuasi sukarela kerajaan Malaysia yang berakhir Khamis lepas atas sebab-sebab tersendiri.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA