PADANG BESAR, 30 Ogos -- Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Chuping, Shariff Ishak, 56, menunjukkan serpihan batu yang terpelanting dan mencederakan 12 murid sekolah dan seorang guru yang berada di dalam dewan sekolah tersebut dekat sini, hari ini.Batu dari Bukit Chuping itu terpelanting akibat kerja-kerja memecah batu menggunakan bahan letupan yang dijalankan oleh sebuah kilang memproses simen yang berhampiran sekolah tersebut.Kesemua yang tercedera telah dihantar ke Hospital Tengku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA