PADANG BESAR, 30 Ogos -- Kedudukan Sekolah Kebangsaan (SK) Chuping yang terlalu hampir dengan Bukit Chuping dalam kejadian terkena serpihan batu dan mencederakan 12 murid sekolah termasuk seorang guru yang berada di dalam dewan sekolah tersebut dekat sini, hari ini.Batu dari Bukit Chuping itu terpelanting akibat kerja-kerja memecah batu menggunakan bahan letupan yang dijalankan oleh sebuah kilang memproses simen yang berhampiran sekolah tersebut.Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, beberapa ketul batu telah terpelanting mengenai bahagian bumbung dewan sekolah dan mencederakan beberapa pelajar dan guru yang sedang berada dalam dewan tersebut.Kesemua yang tercedera telah dihantar ke Hospital Tengku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA