CHUKAI, 7 April -- Mohd Norham Yahaya, 41, (kanan) bersama rakan Ahmad Syawal Kamarudin, 30, menunjukkan sotong jarum yang dicandatnya semasa ditemui di Jeti Star Cruise Kijal di Pantai Awana malam tadi.Jeti tersebut menjadi lokasi tumpuan pemancing untuk melakukan aktiviti candat darat pada setiap petang hingga lewat malam sejak seminggu lalu. Aktiviti mencandat di kawasan pesisir pantai semakin popular dalam kalangan 'kaki eging' iaitu teknik memancing sotong berasal dari Jepun dengan menggunakan umpan tiruan dikenali 'egi' berbentuk udang.Spesies sotong jarum mudah diperoleh melalui aktiviti candat darat kerana sotong berkenaan berada berhampiran pantai untuk mendapatkan makanan seperti udang bari dan anak ikan, selain untuk bertelur setiap kali tiba musimnya. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA