KUALA TERENGGANU, 20 Mac -- Warga emas, Esah Zaiton Abdul Rahman, 88, yang berkerusi roda, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya saat menyambut kepulangan anak-anak dan cucu tersayang dari perantauan bagi bersama-sama meraikan Aidilfitri yang disambut esok, di Kampung Pulau Rusa, hari ini.Bagi Esah Zaiton, Aidilfitri kali ini cukup bermakna apabila impian untuk berkumpul semula bersama keluarga tercinta akhirnya menjadi kenyataan selepas sekian lama berjauhan, sekali gus mengeratkan kasih sayang dan hubungan antara generasi.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA