NARITA, 3 Sept -- TERBAIK ... Antara menu yang akan diperkenalkan kepada penumpang kelas pertama dan perniagaan Malaysia Airlines (MAS) untuk laluan timur mulai 5 September ini menerusi perkhidmatan ekslusif 'Chef-on-Call'.Chef-on-Call, adalah perkhidmatan eksklusif disediakan kepada penumpang bagi kelas pertama dan perniagaan MAS yang menawarkan pelbagai pilihan hidangan meliputi menu kegemaran Malaysia, makanan sihat dan makanan barat.Untuk penerbangan kelas pertama, sebanyak 20 pilihan menu ditawarkan manakala bagi penumpang kelas bisnes berpeluang memilih daripada 15 hidangan yang disediakan.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA