CHUKAI, 28 Jan -- Penternak, Cik Mat Ariffa Che Mat Reduan, 46, menunjukkan beberapa produk yang dihasilkan daripada ayam kampung hibrid ketika ditemui Bernama di Pusat Ternakan Ayam Kampung di Seri Bandi dekat sini hari ini.Bekas Pegawai Bomba Kanan II itu dan isteri memilih bersara awal daripada perkhidmatan pasukan beruniform untuk menceburi bidang pertanian dengan mengusahakan penternakan ayam kampung hibrid.Cik Mat Ariffa berkata beliau mula berkhidmat pada 1999 sebelum bersara awal pada 2023, manakala isterinya Noor Azlina Bahari, 48, merupakan anggota polis berpangkat sarjan dan mengambil keputusan sama dua tahun lepas bagi membantunya sepenuh masa.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA