GOERGE TOWN, 5 Sept -- Dua wanita yang menunggang motosikal cedera apabila dua penunggang motosikal yang lain cuba meragut beg yang digalas oleh pemandu motosikal itu di Leburaya Tun Dr Lim Chong Eu di sini hari ini. Bagaimanapun cubaan meragut beg wanita yang membawa motosikal itu gagal. Kedua-dua wanita itu dalam perjalanan ke tempat kerja di Gelugor. Difahamkan, suspek mengekori dari belakang sebelum bertindak meragut beg mangsa.Mangsa yang cuba menyelamatkan beg tanganya bagaimanapun gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan cedera. Akibat kejadian itu, salah seoranng mangsa mengalami patah kaki dan cedera di bahagian muka dan tangan. Kedua-dua mangsa berkenaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan menaiki van Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kebetulan melalui jalan berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA