KUALA NERUS, 17 April -- Burung spesies Asian Openbill antara yang terdapat di sekitar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) semasa tinjauan baru-baru ini.Di sebalik kesibukan warga kampus menjalani rutin harian, kawasan UniSZA sebenarnya menjadi 'rumah' kepada pelbagai spesies burung termasuk tempatan dan hijrah, dengan sebanyak 149 spesies direkodkan setakat ini sekali gus, mencerminkan kepelbagaian biodiversiti yang signifikan di persekitaran berkenaan.Menurut Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Cornelius Anuar Abdullah McAfee berkata kampus tersebut menjadi lokasi strategik kerana gabungan habitat seperti tanah lembap, padang terbuka dan kawasan landskap yang sesuai untuk pelbagai spesies burung tempatan serta migrasi.Anuar yang juga ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Terengganu berkata musim utama burung hijrah di Malaysia adalah antara Oktober hingga Mac, walaupun ada spesies yang tiba lebih awal atau pulang lebih lewat bergantung kepada faktor cuaca dan sumber makanan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***