KUALA TERENGGANU, 21 Jan -- Pelajar prauniversiti Tingkatan Enam, Nur Shafiqah Mohd Shaher, 20, (dua, kanan) mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan sebelum menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman hari ini.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi bermula tahun ini.Jelas beliau semasa majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di ibu negera, langkah itu sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi.Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan turut menangani isu kontroversi tahunan berkaitan peluang kemasukan ke kursus pilihan yang sering terhad terutama dalam kalangan pelajar kaum minoriti yang mencatat keputusan cemerlang tetapi berdepan kekangan tempat.Selain itu, bagi mengurangkan kebimbangan dalam kalangan pelajar, Anwar berkata kerajaan memberi keutamaan kepada pelajar Asasi dan Matrikulasi seperti lazimnya namun jaminan sama turut diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam yang menduduki STPM berprestasi tinggi.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA