KUALA TERENGGANU, 23 Jan -- Sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) mengumpul sampah sarap yang dikutip di sepanjang Pantai Tanjung, hari ini.Menerusi program itu sebanyak 160 kilogram sampah berjaya dikutip bermula 7.30 pagi seperti botol plastik, penyedut minuman dan bekas makanan yang dihanyutkan ombak.Program tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai serta kelestarian alam sekitar, khususnya ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) yang sering membawa sisa buangan ke pesisir pantai.Selain itu pembersihan pantai ini turut membantu melindungi ekosistem marin seperti hidupan laut, disamping menggalakkan orang ramai mengamalkan pengurusan sisa yang lebih berhemah termasuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna serta membuang sampah di lokasi yang disediakan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA