JERTIH, 24 Feb -- Orang ramai beratur seawal 8 pagi untuk membeli daging lembu yang dijual pada harga RM19 sekilogram sempena Program Jualan Agro MADANI di pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang (PPK) Kawasan Pelagat hari ini.Harga yang disifatkan tersangat murah berbanding harga pasaran antara RM28 hingga RM30 itu menyebabkan sebanyak 400 kg daging terjual tidak sampai satu jam program jualan yang dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu berlangsung. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA