KUALA TERENGGANU, 4 Mac -- Pemilik Gemilang Speed Mart, Siti Fatimah Mohamed Farook, 42, (kanan), bersama ibunya, Noorunnisa Abdul Hamed, 73, memeriksa beras sebelum diagihkan kepada golongan asnaf di Panji Alam hari ini.Usaha murni tujuh beradik berkongsi rezeki pada bulan Ramadan diteruskan tahun ini menerusi agihan 1,000 pek beras kepada golongan asnaf di sekitar kawasan tersebut, sekali gus meringankan beban mereka.Bermula dengan hanya 100 pek beras kira-kira tujuh tahun lalu, jumlah itu kini berkembang kepada 1,000 pek sejak dua tahun lepas hasil kutipan dana adik-beradik.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA