DUNGUN, 14 Jan -- Keadaan jalan yang berkabus ekoran cuaca sejuk yang melanda di sekitar Kampung Pasir Raja hari ini.Pengarah Jabatan Meteorologi Terengganu Rabiah Al Adawiah Zakaria berkata fenomena cuaca sejuk yang melanda negeri ini berpunca daripada kehadiran luruan sejuk semasa Monsun Timur Laut (MTL).Beliau berkata suhu yang direkodkan di Stesen Meteorologi Dungun pada pukul 7 pagi hari ini ialah 20 darjah Celsius.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA