KUALA NERUS, 14 Dis -- Anggota penyelamat membantu menyelamatkan kru bot yang terperangkap di dalam bot tunda yang terdampar di sekitar kawasan pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Batu Rakit, hari ini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata berdasarkan maklumat awal, enam kru bot termasuk kapten telah berlepas dari Pelabuhan X One di Songkhla, Thailand menuju ke Punggol, Singapura Rabu lepas.Beliau berkata bagaimanapun sekitar 1 tengah hari tadi, bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan dan dihanyutkan ombak ke Pantai Batu Rakit, dekat Kampung Tanjung di sini.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA