KUALA TERENGGANU, 25 Jan -- Warga emas, Wang Fook Seek, 83, turut mengabdikan gambar perkahwinannya bersama mendiang isteri Aw Siew Wong dalam bentuk setem semasa ditemui di kediamannya di Pangsapuri Kampung Tiong baru-baru ini. Minat mengumpul setem bermula sejak usia remaja mendorong beliau menyimpan lebih 1,000 keping setem pelbagai jenis termasuk setem kemerdekaan negara keluaran 1957 yang masih terpelihara rapi. Menurutnya, koleksi berkenaan bukan sekadar hobi, malah menjadi pengubat kesunyian serta penyimpan kenangan perjalanan hidupnya. Selain setem, Wang turut mengumpul lebih 150 kamera pelbagai era, bermula daripada kamera filem sehinggalah kamera digital, termasuk beberapa model yang wujud sebelum zaman kemerdekaan. Wang berharap minat terhadap setem dan kamera lama dapat diwarisi generasi muda agar warisan budaya serta nilai sejarah tidak luput ditelan arus kemodenan. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA