JERTIH, 27 April -- Suasana di Kampung Beting Lintang hari ini menyaksikan rutin nelayan pantai menaikkan hasil tangkapan sebaik pulang dari laut.Dengan cuaca cerah dan keadaan laut yang baik, nelayan yang menggunakan sampan gentian kaca keluar seawal 6.30 pagi dan kembali sekitar 12.30 tengah hari. Hasil tangkapan mereka kemudian dijual kepada peniaga tempatan.Aktiviti menurunkan bot dilakukan secara bergotong-royong, manakala bot dinaikkan ke darat menggunakan enjin penarik dengan bayaran RM3 bagi setiap bot. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA