KUALA TERENGGANU, 5 Jan -- Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh kenderaan lain di lampu isyarat berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini tengah hari tadi.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata dalam kemalangan yang berlaku pada 1.55 tengah hari itu, Syakirah Hanan Mazli, 25, yang beralamat di Ayer Hitam, Johor meninggal dunia di lokasi kejadian.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA