CHUKAI, 9 Mac -- Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mu'az Sultan Mizan Zainal Abidin (kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1447H/ 2026 di Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.Seramai 300 penerima terdiri daripada asnaf dan pelajar Daerah Dungun dan Kemaman menerima sumbangan tersebut, sekaligus meringan beban mereka untuk menyambut Syawal tidak lama lagi.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA