KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan) melawat Sharifah Salamah Syed Abdullah, 73, dari Bandar Tun Razak Cheras selepas merasmikan Tan Sri Muhyiddin Charity Dialysis Centre di Titiwangsa di sini, hari ini.Pusat dialisis itu siap dibina pada Januari 2012 dengan kos RM970,000 menerusi pelbagai sumbangan yang diterima pada majlis-majlis amal anjuran TSM Charity Golf Foundation. Pusat yang beroperasi pada Mei tahun ini dilengkapi dengan 12 buah mesin dialisis yang boleh menampung sehingga 72 pesakit sehari. -- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA