KUALA TERENGGANU, 22 Feb -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengukuhkan hala tuju sebagai universiti berteras kelestarian dengan pelancaran 26 buah kenderaan elektrik (EV) untuk kegunaan dalam kampus.Naib Canselor UMT Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata ia termasuk sebuah bas, lima buah kereta dan 20 skuter e-Bike untuk kegunaan kakitangan dan pelajar di 18 Pusat Tanggungjawab (PTJ).Inisiatif tersebut dilihat sebagai langkah strategik dalam nemperkasa teras kelestarian dan pendigitalan kampus, selaras dengan aspirasi nasional serta komitmen universiti dalam menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA