KUALA TERENGGANU, 25 Jan -- Warga emas, Wang Fook Seek, 83, bersama sebahagian koleksi kamera lama miliknya yang dikumpul sejak tahun 1950-an semasa ditemui di kediamannya di Pangsapuri Kampung Tiong baru-baru ini. Beliau memiliki lebih 150 kamera pelbagai jenis dan jenama termasuk kamera filem, polaroid, digital serta kamera bawah air yang merangkumi era sebelum dan selepas kemerdekaan negara. Katanya, setiap kamera menyimpan kisah dan kenangan tersendiri yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Wang berkata pengalaman merakam gambar menggunakan kamera filem mengajarnya tentang kesabaran dan ketelitian berbanding fotografi digital masa kini. Beliau berharap koleksi kamera lama itu dapat terus dipelihara sebagai khazanah sejarah dan seni fotografi untuk tatapan generasi akan datang. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA