KUALA TERENGGANU, 25 Dis -- Para penganut Kristian mengikuti upacara keagamaan sempena sambutan Hari Krismas di Gereja Presbyterian hari ini.Gereja Presbyterian menjadi tumpuan kira-kira 200 penganut Kristian di negeri itu yang hadir sejak 9 pagi bagi menyempurnakan upacara keagamaan.Meskipun penganut Kristian merupakan golongan minoriti di negeri ini, perayaan tersebut tetap disambut meriah menerusi kehadiran masyarakat yang mengunjungi gereja berkenaan dengan berpakaian ceria dan serba baharu.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA