KUALA TERENGGANU, 8 April -- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Terengganu berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lebih tiga meter di Kampung Banggol Katong hari ini.Sementara itu, Leftenan Muda (PA) Tuan Muhammad Amir Amirul Tuan Soh ketika ditemui pemberita menasihati penduduk setempat supaya sentiasa berhati-hati terutama pada musim panas ini kerana haiwan berbisa tersebut cenderung keluar dari habitat asal untuk mencari makanan.Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri tetapi sebaliknya segera menghubungi talian kecemasan sekiranya terserempak dengan sebarang spesies haiwan berbahaya. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA