IPOH, 29 Sept -- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi bersama 100 orang pelukis yang telah menyertai program Ipoh Drawing Marathon (PIOR) 2013 di Kinta Riverfront di sini.Program dua hari itu merupakan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negara, Tourism Malaysia Perak dan Malaysian Contemporary Art Tourism (1MCAT) dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara. Pertandingan yang bertemakan 'Perak Berseni' itu berlangsung secara marathon selama 24 jam disertai oleh pelukis dari beberapa buah sekolah, kolej dan universiti seluruh negeri termasuk dari Hong Kong dan Australia.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA