IPOH, 29 Sept -- Pengerusi Persatuan Seni rupa Malaysia (PERUPA) Aris Aziz meraih tempat pertama diapit oleh pemenang tempat kedua, Maamor Jantan, 52, (kiri) dan pemenang tempat ketiga Md. Salleh Dawam, 62, (kanan) pada program Ipoh Drawing Marathon (PIOR) 2013 di Kinta Riverfront di sini.Seramai 100 orang pelukis menyertai program dua hari itu yang merupakan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negara, Tourism Malaysia Perak dan Malaysian Contemporary Art Tourism (1MCAT) dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara. Pertandingan yang bertemakan 'Perak Berseni' itu berlangsung secara marathon selama 24 jam disertai oleh pelukis dari beberapa buah sekolah, kolej dan universiti seluruh negeri termasuk dari Hong Kong dan Australia.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA