KUALA TERENGGANU, 2 Feb -- Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin menunjukkan suar dan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu hari ini.Seramai 33 penyokong Selangor FC direman hari ini atas kesalahan memiliki dan positif dadah, selain mengganggu tugas penjawat awam berhubung kekecohan yang berlaku di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.Terdahulu, tular beberapa rakaman video menerusi media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan itu.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA