KUALA TERENGGANU, 3 Mac -- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah (tengah) bergambar bersama hadirin pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Sesi Menandatangani Perjanjian Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Felda Wilayah Terengganu, hari ini.Turut sama Pengerusi Syarikat Perumahan Rumah Negara Berhad (SPNB) Datuk Prof Dr Azmi Mohd Lila (empat, kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim (empat, kanan).Sebanyak 680 unit RMR akan dibina di Terengganu oleh SPNB pada tahun ini, dimana setakat ini sebanyak 104 unit rumah sedang giat disiapkan melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Sejak 2002, Terengganu telah menerima kira-kira 10,600 RMR, iaitu kedua tertinggi selepas Kelantan yang melebihi 11,000 unit.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA