KUALA TERENGGANU, 22 Feb -- Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim (tengah) menerima kenderaan elektrik (EV) daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMT Holding, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (kanan) pada Pelancaran EV Inisiatif Kampus Lestaridi UMT, hari ini.UMT mengukuhkan hala tuju sebagai universiti berteras kelestarian dengan pelancaran 26 buah kenderaan elektrik untuk kegunaan dalam kampus, termasuk sebuah bas, lima buah kereta dan 20 skuter e-Bike untuk kegunaan kakitangan dan pelajar di 18 Pusat Tanggungjawab (PTJ).Inisiatif tersebut dilihat sebagai langkah strategik dalam nemperkasa teras kelestarian dan pendigitalan kampus, selaras dengan aspirasi nasional serta komitmen universiti dalam menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA