KUALA BERANG, 4 Jan -- Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim (tiga, kanan) meninjau kemudahan yang yang terdapat di Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Hulu Terengganu, hari ini.Kerja-kerja menaik taraf sebuah bangunan asrama yang tidak lagi digunakan di SMK Matang menjadi PPKB itu dijalankan mulai Julai hingga Disember tahun lalu dengan kos kira-kira RM907,000.Ia merupakan projek menaik taraf PPS kepada PPKB yang ketiga telah disiapkan selepas dua PPKB di Johor iaitu PPKB Dewan Taman Kota Jaya dan PPKB Dewan Arena Segitiga.PPKB SMK Matang yng mampu menempatkan lebih 200 mangsa banjir pada satu-satu masa mempunyai pelbagai fasiliti yang lebih selesa seperti tandas mesra orang kurang upaya.Selain mempunyai tujuh buah bilik, pusat tersebut juga mempunyai sebuah stor yang boleh dijadikan sebagai pangkalan hadapan menempatkan barangan keperluan serta makanan untuk mangsa-mangsa banjir.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA