DUNGUN, 17 Mac -- Nur Qurratul Ain Shahsulliman, 9, (tengah) bersama rakannya bermain bunga api pada Program Lip Lap Raya di Felda Jerangau.Program Lip Lap Raya Felda bertujuan sebagai usaha menghidupkan kembali nostalgia tradisi lama penduduk pada malam 7 likur, yang kian dilupai. Suasana kampung yang diterangi cahaya pelita dan lampu turut menyaksikan penduduk berganding bahu bergotong-royong menghias kawasan mereka, sekaligus mengeratkan hubungan kejiranan dan menyemai semangat perpaduan dalam komuniti.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA