KUALA NERUS, 18 Feb -- Para jemaah menunaikan solat sunat Tarawih malam pertama bulan Ramadan di Surau Buluh Ikonik Kuala Nerus malam ini.Surau ikonik di daerah ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya menunaikan solat sunat Tarawih selepas siap dibina sepenuhnya pada tahun 2024.Ruang solat yang berkonsepkan buluh sebagai struktur utama dan hiasan dalaman, menjadikan surau tersebut bukan sahaja tempat ibadah, malah mercu tanda baharu komuniti setempat.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA