KUALA NERUS, 10 Jan -- Nenek mangsa, Khatijah Yusof, 65, membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi mengiringi usaha mencari dan menyelamat cucunya, Muhammad Zarif Mohd Hazahari, yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak petang semalam di Pantai Batu Rakit hari ini.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lima tahun itu diteruskan 9 pagi ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA