CHUKAI, 17 Mac -- Pengusaha, Aminah Akmarina Osman, 40, menyusun kuih raya yang ditempah pelanggan ketika ditemui Bernama di Kampung Gong Pauh hari ini.Kemeriahan sambutan Aidilfitri semakin dirasai apabila orang ramai mula membuat persiapan terakhir termasuk menyediakan pelbagai jenis kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung.Beliau berkata setakat ini jumlah tempahan biskut raya yang diterima melebihi 6,000 balang berbanding 4,000 balang pada tahun lepas. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA