MARANG, 17 Mac -- Syawal kali ini membawa sinar baharu buat 79 banduan di Penjara Marang apabila mereka menerima peluang kedua menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) MADANI YAKIN (Kepulangan Yang Dinanti), sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.Selepas sekian lama menyambut lebaran di sebalik tirai besi, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kembali ke pangkuan keluarga, menyulam semula kasih sayang yang terpisah dan mencipta memori baharu bersama insan tersayang.Timbalan Pengarah Penjara Marang, Fandika Safruddin, berkata program berkenaan memberi ruang kepada banduan untuk menjalani baki hukuman di luar tembok penjara, sama ada bersama keluarga atau melalui penempatan pekerjaan, sekali gus membuka harapan bagi memulakan lembaran hidup yang lebih bermakna.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARAMARANG, March 17 -- This Syawal brings a new ray of hope for 79 inmates at Marang Prison as they receive a second chance through the MADANI YAKIN (Kepulangan Yang Dinanti) Parole Program (PBSL), in conjunction with the upcoming Aidilfitri celebrations.After spending years celebrating Aidilfitri behind bars, they fully embrace this opportunity to return to their families, rekindle separated bonds, and create new memories with their loved ones.The Deputy Director of Marang Prison, Fandika Safruddin, says the program allows inmates to serve the remainder of their sentences outside the prison walls, either with their families or through job placements, thus offering hope to start a more meaningful chapter in their lives.-- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED