MARANG, 17 Mac -- Seorang banduan berkongsi kegembiraannya selepas dilepaskan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) MADANI YAKIN (Kepulangan Yang Dinanti), sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.Syawal kali ini membawa sinar baharu buat 79 banduan di Penjara Marang apabila mereka menerima peluang kedua, setelah sekian lama menyambut lebaran di sebalik tirai besi.Timbalan Pengarah Penjara Marang, Fandika Safruddin, berkata program berkenaan memberi ruang kepada banduan untuk menjalani baki hukuman di luar tembok penjara, sama ada bersama keluarga atau melalui penempatan pekerjaan, sekali gus membuka harapan bagi memulakan lembaran hidup yang lebih bermakna.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA