MARANG, 17 Mac -- Syawal kali ini membawa sinar baharu buat 79 banduan di Penjara Marang apabila mereka menerima peluang kedua menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) MADANI YAKIN (Kepulangan Yang Dinanti), sempena sambutan Aidilfitri.Selepas sekian lama menyambut lebaran di sebalik tirai besi, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kembali ke pangkuan keluarga, menyulam semula kasih sayang yang terpisah dan mencipta memori baharu bersama insan tersayang.Timbalan Pengarah Penjara Marang, Fandika Safruddin, berkata program berkenaan memberi ruang kepada banduan untuk menjalani baki hukuman di luar tembok penjara, sama ada bersama keluarga atau melalui penempatan pekerjaan, sekali gus memberi harapan untuk memulakan lembaran hidup yang lebih bermakna.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA