PADANG BESAR, 23 Okt -- Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kawasan Chuping, ASP Syed Basri Syed Ali (kanan) menunjukkan ayam yang tidak disembelih dengan sempurna selepas sidang media di Kem UPP Chuping dekat sini, hari ini.Pada pukul 1030 pagi semalam UPP telah merampas 146 kotak berlogo halal yang mengandungi ayam yang dipercayai tidak disembelih mengikut syarak dalam sebuah lori ketika melalui sekatan jalan raya di kilommeter 24, Jalan Ulu Pauh-Padang Besar.Ekoran itu, dua lelaki tempatan berumur 30 dan 29 tahun iaitu pemandu dan kalendannya ditahan untuk membantu siasatan.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA