YAN, 25 Okt -- Lebih 40 penyokong Anak-anak Muda Gabungan Parlimen Jerai mengadakan demostrasi secara aman bagi membantah tindakan Ketua Publisiti DAP Tony Pua, yang menggelarkan kakitangan Islam di Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai 'Anjing Umno' di sini hari ini.Demostrasi itu, bermula sejurus selepas solat Jumaat, berlansung kira-kira 30 minit dan berakhir tanpa sebarang kejadian tidak diingini.Laporan Utusan Malaysia pada 4 Okt lepas mendakwa Pua mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 Sept lepas selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA