KUANTAN, 26 Okt -- Pengerusi Jawatan Kuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada sebahagian 188 pelajar-pelajar Pahang yang menuntut di Mesir pada majlis Sumbangan Wang Ehsan kepada pelajar yang akan kembali belajar di Mesir dan pelajar baru di sini, hari ini.Pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dibawa pulang secara berperingkat-peringkat oleh kerajaan setelah bimbang dengan keselamatan mereka selepas berlaku pertumpahan darah antara penyokong bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi dengan kerajaan tentera pada bulan Ogos lalu.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA