KUANTAN, 26 Okt -- Pelajar-pelajar Pahang yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir berpelukan kegembiraan setelah dibenarkan kembali ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran mereka pada majlis Sumbangan Wang Ehsan kepada pelajar yang akan kembali belajar di Mesir dan pelajar baru di sini, hari ini.Pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dibawa pulang secara berperingkat-peringkat oleh kerajaan setelah bimbang dengan keselamatan mereka selepas berlaku pertumpahan darah antara penyokong bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi dengan kerajaan tentera pada bulan Ogos lalu.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA